Sunday, May 17, 2009

ROH PEMBAHARUAN (RUHUL JADID)


Apa yang perlu pembaharuan? Dimana pembaharuan itu dilakukan atau terjadi? Bila kita mahu bawa atau perjuangkan pembaharuan? Siapa yang akan mengendung tanggungjawab membawa pembaharuan? Bagaimana pembaharuan itu dibuat? Mari sama-sama kita fikirkan.

Saturday, May 9, 2009

BELAJAR ATAU MENGUASAI BAHASA

Apakah pentakrifan bahasa? Adakah bahasa mewarnai cara berfikir seseorang manusia? Adakah bahasa membentuk akhlaq serta penampilan seorang individu? Apakah pengaruh bahasa dalam kebangunan budaya dan jatidiri bangsa?
Apakah itu bahasa ibunda? Apakah itu bahasa kedua? Apakah itu bahasa asing? Apakah ada perbezaan antara belajar bahasa dengan menguasai bahasa?

Dimulakan penulisan ini dengan menampilkan beberapa persoalan yang akan menjurus kepada bagaimana ketamadunan besar terbina dan membawa rahmah atas seluruh alam jagat ini. Allah mencipta manusia dan menjadikan mereka berbangsa-bangsa untuk memudahkan interaksi dan perkenalan. Bagaimana ini dapat berlaku?

Banyak bahasa lenyap dari dunia kerana kekerdilan jiwa individu langsung kepada pengikatan mereka sebagai satu bangsa. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum hingga mereka menukar apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Bahasa adalah satu sistem untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Antara individu dengan individu atau antara kelompok dengan kelompok yang lain. Sistem bagaimana ia menterjemahkan maksud dan matlamat yang hendak dicapai dalam binaan yang tersusun. Dari adanya sistem maka ia menjadi alat komunikasi yang dapat membolehkan perkongsian pengetahuan.

Penampilan alat komunikasi ini menggambarkan kehalusan budaya sesuatu kelompok yang berkongsi sistem yang sama. Justeru itu bahasa menjadi jiwa bangsa. Ia menampilkan cara berfikir dan cara mengolah kehidupan. Maka bahasa itu juga akan menunjuk kemampuan sesuatu bangsa membantu membawa tamadun kepada kemanusiaan di alam jagat. Jatidiri dari penguasaan bahasa akan terserlah. Individu yang menguasai banyak bahasa akan lebih mampu menerajui perubahan dan penyempurnaan tanggunjawap pembangunan kemanusiaan.

Maka pilihan pada individu untuk meletakkan diri pada makam yang dipilih sendiri. Belajar bahasa adalah sekadar mengenal bangsa. Belajar dan menguasai bahasa membantu membina keterampilan dalam memahami budaya dan tamadun bangsa. Lantaran itu akan dapat menukilkan perubahan dan transformasi kehidupan bangsa-bangsa.

Persoalan yang timbul; apakah beza belajar bahasa dan menguasai bahasa. Apakah mungkin bahasa dapat dikuasai dengan menyadur ilmu alat seperti sain dan matematik. Apakan kekuatan budaya dan nilai bangsa terangkum dalam metodologi penyaduran tersebut? Ini adalah satu yang perlu diamati untuk kebangunan sesuatu bangsa itu. Wallahualam.