Saturday, October 31, 2009

PERKONGSIAN PELBAGAI ALIRAN PENDIDIKAN 2007

PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Pendidikan yang akan membentuk sifat warga dalam pembangunan mana-mana negara. Falasafah Pendidikan menentukan halatuju serta penghasilan dari dasar yang digubal atas huraian falasafah tersebut. Sistem Pendidikan Negara telah melalui beberapa fasa dari pra penjajahan sehingga post penjajahan. Sistem kini dibina atas perakuan Penyata Razak yang disusul dengan Laporan Rahman Talib. Laporan Mahathir yang lebih dikenali dengan Laporan Kabinet Pendidikan juga menyerlahkan agenda pendidikan Negara. Laporan Anwar yang juga dikenali sebagai Laporan Kabinet mengenai Latihan turut merangsang beberapa pendekatan pengendalian latihan Negara.

Kementerian Pendidikan pada awal 90-an telah mengungkap secara tersurat Falasafah Pendidikan Negara. Pendidikan untuk melahirkan Insan Kamil natijah dari proses pendidikan yang berpaksikan tuhan. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan untuk melengkapkan hasrat dan cita-cita melahirkan insan kamil yang seimbang. Kepelbagaian aliran pendidikan adalah hakikat suasana negara yang diiktiraf dengan kepelbagaian jenis sekolah yang ada dinegara ini. Saya kira ia memperkaya budaya ilmu negara kalau diambil secara yang positif.

Untuk menjadikan Pendidikan Negara satu aliran adalah sesuatu yang perlu kepada penghujahan yang mendalam. Umat dalam negara ini mengekalkan kehidupan beragama kerana kewujudan sistem pendidikan pondok. Peranan Sistem Pendidikan Pondok dan sistem pendidikan melayu telah dipinggirkan secara sistematik melalui pengiktirafan dan penempatan dalam tangga kerjaya dan peranan dalam arus socio ekonomi negara. Sistem pendidikan pondok yang sewajarnya menjadi aliran pendidikan terunggul negara dengan transformasi kaedah pengajaran dan sistem pengurusannya. Sistem yang bertunjangkan aqeedah bagi membina warga yang bertaqwa adalah sistem sejagat yang perlu dinobatkan sebagai sistem arus perdana negara.

Saya kira sistem yang bertunjangkan aqeedah meraikan kepelbagaian aliran pendidikan selagi mana ia akur dan mengiktiraf kesatuan manusia sebagai makhluk yang dicipta. Sejarah manusia dipaksikan kepada sejarah Nabi Adam as menjadi kurikulum induk yang diasuh dan dididik pada semua warga. Lahir kesatuan sebenar yang menerima perbezaan tetapi mengetahui misi kehidupan sebenar. Kini yang diraikan pemikiran darwinian dan lain-lain mazhab liberalis maka wujud dichotomy pada anak-anak.

Dichotomy budaya dan kepercayaan merencat perkembangan minda dan pemikiran. Justeru itu lahirlah para akadamis yang mampu plagiat dan tidak menghasilkan gedung ilmu unggul yang terbilang. Lahir graduan yang mengejar habuan kebendaan dan hilang tanggungjawap sosial dalam fabrik pembangunan negara. Iltihzam pembaharuan sejati hanya dapat dirangsangkan dari paduan ilmu yang menghendaki manusia mengiktiraf ia dilahirkan untuk mendamba diri pada yang Esa.

Rumusannya pada hemat saya bukan masanya berbicara tentang satu aliran pendidikan negara. Pertama dan utama ialah bagaimana mempertabatkan pendidikan yang telah berjaya menyuburkan roh merdeka yang dizahirkan dalam usaha memerdekakan negara ini. Sistem pendidikan Islam dimertabatkan bagi memperkasa Sistem Pendidikan Negara. Kita bimbang apabila warga yang dilahirkan lebih mirip untuk menggadai maruah negara atas kelangsungan kepentingan sempit semasa. Wallahualam.

Sunday, October 25, 2009

ASY-SYAATHIR


Asy-Syaathir bermakna yang cerdik. Nama ini digunakan untuk satu Kaedah Pengajaran bagi membolehkan seorang murid atau pelajar dapat membaca Al-Quran dalam tempoh 48 jam pertemuan. Susunan huruf arab disusun mengikut sistem abjadiah. 28 huruf tersebut disimpulkan kepada 8 suku kata. Pelajar perlu mengingati 8 suku kata tersebut. Pengenalan huruf dilakukan secara induksi selepas pelajar dapat mengingati kelapan-lapan suku kata tersebut.

MUSLEH VENTURES SDN BHD (533127-H) (MVSB) adalah PENERBIT dan Pemaju kepada Kaedah Cepat Belajar Baca Al-quran. Kaedah ini dipelopori oleh Ustaz Arwani Sali. Ustaz Arwani kini adalah Ekskutif Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan MVSB. Ustaz Arwani sebelum ini adalah seorang pendidik yang gigih. Antara subject yang diajar ialah Al-Quran. Beliau terlibat langsung dalam mempopularkan Kaedah IQRA dan AL-BARQI. Kaedah ASY-SYAATHIR adalah pemurnian kepada Kaedah yang telah dikenali umum sebelum ini.

Saya adalah Pengarah Urusan MVSB dan pastinya sedang berusaha untuk memajukan Kaedah ini dikalangan masyarakat yang mahu Al-Quran diungguli dan dihayati. Untuk keterangan lanjut Kaedah ini boleh layari asy-syaathir.blogspot.com . Maklumat komersial Asy-Syaathir dan MVSB boleh disusuli di www.musleh.com.my.

Pejabat MVSB : No.84 Jalan Pelabur A 23/A
Seksyen 23,
40300 SHAH ALAM.
Tel: +603-55483140
Fax: +603-55427864
E-mail: mvsb@musleh.com.my

Sunday, October 18, 2009

PERUBAHAN KOSMESTIK ATAU HIJRAH SEBENAR

Paksi kebenaran bertunjangkan aqeedah. Kita diciptakan untuk menjadi abid yang mendamba diri bagi pada Khaliq yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Para anbia dan para rasul membawa pesanan ini pada kaum dan umat dari zaman ke zaman untuk membawa pemberitahuan bahawa manusia adalah makhluk yang perlu tunduk pada Allah Azzawajalla. Peringatan risalah ini menyebabkan bani Israel berpihak. Satu kepada kebenaran sat pada kebatilan.

Apabila kita mengajak pada perubahan maka kita perlu faham apa yang hendak diubah. Adakah kepimipinan atau sekelompok orang? Tidak bererti perubahan apabila yang digalas masih pada premis yang sama. Ambil contoh; Bila disebut Model Ekonomi Baru bagi negara. Apakah model ini melangsungkan penguasaan sistem riba atau model yang diolah atas taqwa. Sistem yang mengiktiraf kehendak Allah Rabbuljalil.

.....bersambung....