Monday, September 27, 2010

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2


ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT


Hari ini berlangsung pendengaran awam berkenaan Enakmen Kebebasan Maklumat oleh Jawatankuasa Khas DUN Selangor DE. Saya telah hadir mewakili MAPPIS satu wahana perkongsian antara beberapa NGO Islam dalam sektor Pendidikan.

Sunday, September 19, 2010

JAWATANKUASA PENDIDIKAN IKRAM NEGERI SELANGOR

Saya telah diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri Selangor dalam saf kepimpinan Jawatankuasa IKRAM Negeri Selangor Darul Ehsan. Amanah yang diberi mencangkupi ruang dua tahun dari 16hb Mei 2010 hingga 15hb Mei 2012. Empat bulan sudah berlalu dan berbaki lagi dua puluh bulan.

Pendidikan merupakan satu medan yang penting dalam pembinaan tamadun kemanusian. Pendidikan adalah satu proses pembelajaran yang berterusan berdasarkan kepada satu sistem yang diimani manusia. IKRAM dan pendokong IKRAM mengimani Allah sebagai Rabb yang menetukan jalan penyudah bagi kejayaan manusia dunia dan akhirat. Justeru itu Sistem Pendidikan yang didokongi oleh IKRAM bertunjangkan Aqidah dan dimajukan dengan pelantar taqwa.

Pendidikan yang berjaya ialah pembelajaran yang mengenalkan siapa diri manusia itu? Langsung dapat menggarap pemahaman yang dia adalah makhluq yang diciptakan. Allah adalah Khaliq yang menciptakan segalanya dan menjadikan manusia untuk mengabdi diri hanya kepadanya.Pendidikan yang mendidik bahawa dunia amat penting dalam perjalanan ke akhirat. Kehidupan dunia diakhiri dengan kematian yang dibangkitkan semula dalam kehidupan kedua yang fana.Kegagalan menggunakan masa dunia dengan terbaik membawa padah kekal diakhirat kelak. Justeru itu maderasah pendidikan Islam menganjurkan keseimbangan dalam pembinaan pekerti manusia.