Wednesday, December 15, 2010

THIRD FORCE IN MALAYSIAN POLITICS

What does it mean with third force in politics? Advocates for third force in politics claim to strive for transformation based on principles. Principles are norms that are derived from a beleived system. Beleived in the supremacy of ideas lay the foundations of liberal thinking and later advances as capitalistic struggles. Beleived in worldly matters contribute to a forum of thinking how to distribute wealth embodies socialistic worldview and into utopian thinking of communal societies. Both fundamental thinking are utopian and materialistic in nature. Hence the perpetuation of societies advocated by present political scenarios on both divides or three divides are on common ground to advance with utopian and materialistic dreams. All are on the lateral ground with differing approaches.

We are human. We are being created by the supreme power. We are not created without purpose and mission. We are created to serve the sovereign authority ALLAH. "Say He is Allah the ONE, Allah The SELF SUFFICIENT Master, Whom all creatures needs, He begets not, nor was He begotten; and there is none co-equal or comparable unto HIM". Hence our life are not on lateral ground alone but with cardinal axis for us to submit. We are not doing things for worldly endeavours but strive for victorius moment in life after. As human we fallible and the guiding beacon is laid in Book Al-Quran for us to move on.

Hence politics are not only on lateral ground but it is being stretched to another dimension. Third dimension in politics. Third Force connotes the lateral ideology of utopian and materialistic pre occupations. Third dimension carried the mission and purpose of the existence of man and world. The transformation of the world is toward the admission that we are here to serve Allah and to preserve the true meaning of servitude and freedom. Freedom from want can only be realized through understanding and beleived. A system based on TAQWA.

Monday, September 27, 2010

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2


ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT


Hari ini berlangsung pendengaran awam berkenaan Enakmen Kebebasan Maklumat oleh Jawatankuasa Khas DUN Selangor DE. Saya telah hadir mewakili MAPPIS satu wahana perkongsian antara beberapa NGO Islam dalam sektor Pendidikan.

Sunday, September 19, 2010

JAWATANKUASA PENDIDIKAN IKRAM NEGERI SELANGOR

Saya telah diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri Selangor dalam saf kepimpinan Jawatankuasa IKRAM Negeri Selangor Darul Ehsan. Amanah yang diberi mencangkupi ruang dua tahun dari 16hb Mei 2010 hingga 15hb Mei 2012. Empat bulan sudah berlalu dan berbaki lagi dua puluh bulan.

Pendidikan merupakan satu medan yang penting dalam pembinaan tamadun kemanusian. Pendidikan adalah satu proses pembelajaran yang berterusan berdasarkan kepada satu sistem yang diimani manusia. IKRAM dan pendokong IKRAM mengimani Allah sebagai Rabb yang menetukan jalan penyudah bagi kejayaan manusia dunia dan akhirat. Justeru itu Sistem Pendidikan yang didokongi oleh IKRAM bertunjangkan Aqidah dan dimajukan dengan pelantar taqwa.

Pendidikan yang berjaya ialah pembelajaran yang mengenalkan siapa diri manusia itu? Langsung dapat menggarap pemahaman yang dia adalah makhluq yang diciptakan. Allah adalah Khaliq yang menciptakan segalanya dan menjadikan manusia untuk mengabdi diri hanya kepadanya.Pendidikan yang mendidik bahawa dunia amat penting dalam perjalanan ke akhirat. Kehidupan dunia diakhiri dengan kematian yang dibangkitkan semula dalam kehidupan kedua yang fana.Kegagalan menggunakan masa dunia dengan terbaik membawa padah kekal diakhirat kelak. Justeru itu maderasah pendidikan Islam menganjurkan keseimbangan dalam pembinaan pekerti manusia.

Monday, August 16, 2010

MATLAMAT USAHA-USAHA IKRAM

FASAL 4:

MATLAMAT IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Matlamat IKRAM ialah:

4.1 Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

4.2 Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

4.3 Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

4.4 Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

4.5 Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

4.6 Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

4.7 Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

4.8 Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Thursday, July 8, 2010

IKRAM SEPINTAS LALU

IKRAM menggarap aspirasi pendekatan menyeluruh yang mewarnai usaha dakwah Ikhwan Muslimin. Usaha dakwah yang dipelopori oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna dalam mengembalikan identiti ummah yang lebur dengan jatuh kuasa politik Islam dari pemerintahan othmaniah.

IKRAM akan mengorientasi persepsi perubahan dengan landasan sahih dari tajribah perjuangan Ar-Rasul SAW. Penekanan perubahan pada diri meruntun kepada perubahan masyarakat. Mengenal erti penghayatan Islam serta menyedari tuntutan terhadap peranan warga muslimin mengadun resipi perjuangan yang tidak mengerti kelesuan.

Politik kepartaian dan kecenderungan orang untuk mengikat diri dengan kumpulan yang dominan adalah lumrah kehidupan. Keraguan serta kecemburuan politik adalah sifat dan ciri yang ada pada medan politik benilai majmuk dan dihias indah oleh irama dan rentak politik machievelli. IKRAM membawa kejernihan berfikir dan menilai melalui pengupayaan fardi dan didokong oleh usaha jamai' menentukan ijtima' perjuangan yang sejati. Ijtima' perjuangan atas prinsip yang jelas akan meungguli perubahan dan transformasi masyarakat bukannya satu retorik. Fitrah perjuangan yang merubah sejarah dan destinasi tamaddun adalah natijah dari kefahaman yang jelas oleh pendokong perubahan.

Golongan lemah adalah kumpulan awal menggabung diri dengan ajaran Ar-Rasul SAW. Allah menegur Ar-Rasul dalam membawa risalah perubahan memberi lebih tumpuan kepada golongan berpengaruh dan memasam muka atas rasa kebimbangan majlis tercacat apabila muncul sahabat yang ada kekurangan. Apa yang dikesani disini ialah manhaj rabbani kekadang tidak selari dengan pemikiran dan percaturan sosiologi yang melibatkan pendekatan siasah dan sebagainya. Dominasi siasah biasa dileraikan oleh taqwa yang dibina secara terpadu dan menyeluruh. Namrud dan Firaun bimbang kehilangan kuasa menggubal dasar menafikan bibit dan benih dari sumber yang bakal menggugat kuasa mutlak mereka. Namun Allah lebih mengetahui dan menghendaki sinar hidayah menang atas kegelapan.

Tuesday, June 29, 2010

KEUSAHAWANAN

Saya ingin bicarakan satu topik yang biasa dihujahkan oleh pendidik, jurulatih, juru motivasi, ibu bapa, ahli siasah dan lain kumpulan yang prihati dengan kebangunan warga. Keusahawanan satu anasir dalam pembawaan individu dalam menggarap satu kehidupan.Dari silauwan mata kucing yang menyelamatkan seorang insan dari terbabas; tercipta alat pemantul cahaya yang menjadi perkakas keselamatan di jalan dan lebuhraya.Silauwwan mata kucing dirasai oleh banyak orang dan ia menjadi satu pengelaman hidup sahaja. Unsur keusahawanan yang memacu satu penciptaan yang dinatijahkan dari satu pengelaman atau satu kejutan atau satu kesedaran atau lain-lain kejadian yang memberi kesan atas individu.

Ada tiga model keusahawanan yang saya perhatikan:

1. Model Keikhlasan
2. Model Kerakusan
3. Model Kebergantungan

Natijah dari tiga Model Keusahawanan cukup berbeza. Model pertama akan menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Akan memupuk jatidiri warga yang punya idealisma tersendiri.Justeru itu dia sebagai penyumbang dan tidak mudah putus arah dalam kebangunan masyarakat dan Negara. Cekal dalam usaha mencapai matlamat jangka panjang dan pasrah dalam mencapai objektif jangka pendek.

Pasrah kepada ketetapan ilahi bukan bererti tidak melakukan ikhtiar yang maksima. Kita ingat bagaimana Siti Maryam setelah melahirkan Nabi Isa a.s. dalam keadaan lemah memohon makanan dari Allah. Siti maryam menerima perintah Allah untuk menggoncang pohon korma. Yang pasti Allah bisa sahaja menjatuhkan korma tersebut tetapi meminta Siti Mariam menggoncangkan pohon korma tersebut. Usaha yang disumbangkan merupakan kriteria utama untuk meraih hasil. Yang bulat tak datang bergolek dan yang leper tidak datang melayang.

Tuesday, June 22, 2010

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

Ahad 20hb June 2010 (7hb Rejab1431): IKRAM dimasyhurkan dalam Majlis Pelancaran yang diadakan di Malaysia International Exhibition and Conference Centre (MIECC) dekat MINES City Resort. Satu upacara gilang gemilang yang dihadiri lebih dari 5000 orang.Kehadiran tersebut jelas menunujukkan satu tekad baru bagi merealisasikan tanggungjawap dakwah. Menyeru manusia untuk beriman dengan Allah dan menyeru pada yang ma'ruf serta mencegah pada yang mungkar.

Untuk memekar usaha dakwah agar berada pada landasan yang betul dan setiap anggota akan istiqamah serta beriltihzam dengan matlamat dan misi IKRAM maka keahlian IKRAM diadun kepada tiga kategori utama. Ahli Teras, Ahli Aktif dan Ahli biasa. Pemulaan IKRAM dengan Ahli Teras yang dikenalpasti dari aktivis utama badan-badan yang telah berkoloborasi untuk bersetuju IKRAM perlu diwujudkan di persada negara. Justeru itu IKRAM adalah sebuah wahana besar dakwah yang menggabungkan aspirasi global para pencinta Rabbuljalil. Aspirasi yang akan melonjakkan satu kegemilangan yang dinatijahkan dari Ukhwah yang padu.

Sunday, March 14, 2010

SPM UKURAN KEJAYAAN?

Berjaya atau tidak seseorang bergantung kepada neraca yang digunakan. Adakah berjaya bila manusia itu terungkap dalam dalam lirik sebuah lagu; ada mata lihat, ada telinga dengar, ada pandai gadai, biarlah.....

'German Dual System' satu methodology pendidikan dan latihan yang menggabungkan dua unsur tersebut secara baik. Ia juga menggabungkan golongan industri dan peniaga dalam melangsungkan pembangunan modal insan mereka. Dari dual sistem ini lahirlah Technician Engineer yang lebih baik dari segi ilmu dan amalinya dari Paper Engineer. Pelajar-pelajar yang mengikuti aliran kemahiran akan dapat melangsungkan pengajian mereka untuk mendapatka Diplom Engineer (Technician Engineer).

Malaysia mengamalkan sistem yang agak rigid dan menumpukan lebih kepada prestasi kognitif. Sistem semester yang diamalkan sepatutnya menjadi pengajian lebih fleksibel dan menyeronokkan tetapi telah menjadi alat mencengkam pelajar dengan maklumat yang kekadang tidak diperlukan. Pelajar-pelajar yang tinggi tahap penakulannya dihujani dengan maklumat hingga mereka tidak berkesempatan tadabbur ilmu kehidupan dan kemanusiaan. Mereka diadun bagi menjadi jentera eksplotasi ekonomi yang kekadang mengabaikan perimeter pembangunan kemanusiaan.

SPM adalah satu medium pengukuran penakulan pengetahuan. Orang berpengetahuan berbeza dengan orang berilmu. Cerita Nabi Musa as dan Khidir adalah batas antara pengetahuan dan ilmu. Pertemuan antara dua lautan adalah noktah penting dalam pengenalan batas ini. Pertemuan dua lautan menjadi tempat bertemunya Nabi Musa as dengan Khidir.

Perbahasan ini akan jadi panjang cukup dengan merumuskan bahawa SPM membantu membuka kunci kerjaya masa depan. Berjaya atau tidak sesorang ialah bagaimana ia memupuk diri untuk mendamba diri berbakti pada illahi. Menggarap ilmu dari curahan pengetahuan yang diterima.