Sunday, March 14, 2010

SPM UKURAN KEJAYAAN?

Berjaya atau tidak seseorang bergantung kepada neraca yang digunakan. Adakah berjaya bila manusia itu terungkap dalam dalam lirik sebuah lagu; ada mata lihat, ada telinga dengar, ada pandai gadai, biarlah.....

'German Dual System' satu methodology pendidikan dan latihan yang menggabungkan dua unsur tersebut secara baik. Ia juga menggabungkan golongan industri dan peniaga dalam melangsungkan pembangunan modal insan mereka. Dari dual sistem ini lahirlah Technician Engineer yang lebih baik dari segi ilmu dan amalinya dari Paper Engineer. Pelajar-pelajar yang mengikuti aliran kemahiran akan dapat melangsungkan pengajian mereka untuk mendapatka Diplom Engineer (Technician Engineer).

Malaysia mengamalkan sistem yang agak rigid dan menumpukan lebih kepada prestasi kognitif. Sistem semester yang diamalkan sepatutnya menjadi pengajian lebih fleksibel dan menyeronokkan tetapi telah menjadi alat mencengkam pelajar dengan maklumat yang kekadang tidak diperlukan. Pelajar-pelajar yang tinggi tahap penakulannya dihujani dengan maklumat hingga mereka tidak berkesempatan tadabbur ilmu kehidupan dan kemanusiaan. Mereka diadun bagi menjadi jentera eksplotasi ekonomi yang kekadang mengabaikan perimeter pembangunan kemanusiaan.

SPM adalah satu medium pengukuran penakulan pengetahuan. Orang berpengetahuan berbeza dengan orang berilmu. Cerita Nabi Musa as dan Khidir adalah batas antara pengetahuan dan ilmu. Pertemuan antara dua lautan adalah noktah penting dalam pengenalan batas ini. Pertemuan dua lautan menjadi tempat bertemunya Nabi Musa as dengan Khidir.

Perbahasan ini akan jadi panjang cukup dengan merumuskan bahawa SPM membantu membuka kunci kerjaya masa depan. Berjaya atau tidak sesorang ialah bagaimana ia memupuk diri untuk mendamba diri berbakti pada illahi. Menggarap ilmu dari curahan pengetahuan yang diterima.