Tuesday, June 29, 2010

KEUSAHAWANAN

Saya ingin bicarakan satu topik yang biasa dihujahkan oleh pendidik, jurulatih, juru motivasi, ibu bapa, ahli siasah dan lain kumpulan yang prihati dengan kebangunan warga. Keusahawanan satu anasir dalam pembawaan individu dalam menggarap satu kehidupan.Dari silauwan mata kucing yang menyelamatkan seorang insan dari terbabas; tercipta alat pemantul cahaya yang menjadi perkakas keselamatan di jalan dan lebuhraya.Silauwwan mata kucing dirasai oleh banyak orang dan ia menjadi satu pengelaman hidup sahaja. Unsur keusahawanan yang memacu satu penciptaan yang dinatijahkan dari satu pengelaman atau satu kejutan atau satu kesedaran atau lain-lain kejadian yang memberi kesan atas individu.

Ada tiga model keusahawanan yang saya perhatikan:

1. Model Keikhlasan
2. Model Kerakusan
3. Model Kebergantungan

Natijah dari tiga Model Keusahawanan cukup berbeza. Model pertama akan menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Akan memupuk jatidiri warga yang punya idealisma tersendiri.Justeru itu dia sebagai penyumbang dan tidak mudah putus arah dalam kebangunan masyarakat dan Negara. Cekal dalam usaha mencapai matlamat jangka panjang dan pasrah dalam mencapai objektif jangka pendek.

Pasrah kepada ketetapan ilahi bukan bererti tidak melakukan ikhtiar yang maksima. Kita ingat bagaimana Siti Maryam setelah melahirkan Nabi Isa a.s. dalam keadaan lemah memohon makanan dari Allah. Siti maryam menerima perintah Allah untuk menggoncang pohon korma. Yang pasti Allah bisa sahaja menjatuhkan korma tersebut tetapi meminta Siti Mariam menggoncangkan pohon korma tersebut. Usaha yang disumbangkan merupakan kriteria utama untuk meraih hasil. Yang bulat tak datang bergolek dan yang leper tidak datang melayang.

Tuesday, June 22, 2010

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

Ahad 20hb June 2010 (7hb Rejab1431): IKRAM dimasyhurkan dalam Majlis Pelancaran yang diadakan di Malaysia International Exhibition and Conference Centre (MIECC) dekat MINES City Resort. Satu upacara gilang gemilang yang dihadiri lebih dari 5000 orang.Kehadiran tersebut jelas menunujukkan satu tekad baru bagi merealisasikan tanggungjawap dakwah. Menyeru manusia untuk beriman dengan Allah dan menyeru pada yang ma'ruf serta mencegah pada yang mungkar.

Untuk memekar usaha dakwah agar berada pada landasan yang betul dan setiap anggota akan istiqamah serta beriltihzam dengan matlamat dan misi IKRAM maka keahlian IKRAM diadun kepada tiga kategori utama. Ahli Teras, Ahli Aktif dan Ahli biasa. Pemulaan IKRAM dengan Ahli Teras yang dikenalpasti dari aktivis utama badan-badan yang telah berkoloborasi untuk bersetuju IKRAM perlu diwujudkan di persada negara. Justeru itu IKRAM adalah sebuah wahana besar dakwah yang menggabungkan aspirasi global para pencinta Rabbuljalil. Aspirasi yang akan melonjakkan satu kegemilangan yang dinatijahkan dari Ukhwah yang padu.