Wednesday, November 11, 2009

ASPIRASI PENGANJURAN KEM ASY-SYAATHIR





Asy-Syaathir adalah istilah Arab yang membawa makna yang bijak. Justeru itu satu Kaedah Pengajaran yang membolehkan pelajar atau murid dapat membaca Al-Quran dalam tempoh 48jam pertemuan dinamakan ASY-SYAATHIR. Kaedah ini adalah satu pendekatan yang memurnikan lagi kaedah-kaedah pengajaran yang ada seperti IQRA, QIRAATI, KAUTHAR dan sebagainya. Asy-Syaathir memulakan pengajaran dengan mengaktifkan pelajar dalam sebutan 8 suku kata. Lapan suku kata yang disimpulkan dari 28 huruf bahasa Arab mengikut susunan mudah ke sukar. Pelajar kemudiannya diperkenalkan kepada huruf melalui proses induksi dengan irama khusus.

MUSLEH VENTURES SDN BHD (MVSB) telah membekalkan lebih dari 3000 set buku Asy-Syaathir diseluruh negara bagi kegunaan kelas-kelas belajar baca Al-Quran. Disamping itu DVD Panduan Mengajar Asy-Syaathir turut diedarkan. Carta Asy-Syaathir juga digubal sebagai alat bantuan pengajaran. MVSB sedang berusha menyediakan 'fash card' sebagai sebahagian dari teknik induksi yang dibuat.

Untuk manfaatkan Kaedah yang mula diterima sebagai satu kaedah yang baik maka MVSB memperkenalkan perkhemahan waktu cuti sekolah dengan thema motivasi al-quran jatidiri angkasawan. Satu gabungan pendekatan yang menguja anak-anak peringkat umur 12tahun ke 15 tahun dengan memperkenalkan seiring teknologi penerbangan melalui kuliah dan pengendalian simulator penerbangan. Harapan permainan penerbangan ialah untuk membina disipilin yang tinggi tekad keberanian yang mantap. Sekaligus gabungan pengenalan Al-Quran yang menyuburkan rohani diganding dengan disipilin penerbangan untuk menjadikan peserta kem kental jati dirinya.

MVSB juga sedang menyediakan modul lanjutan untuk remaja dalam thema yang sama. Pendekatan Asy-Syaathir dan pendekatan teknologi angkasa diperdalamkan. MVSB bersama dengan Hassol Technologies sedang meyeragamkan dua unsur utama Al-Quran dan pemakaian teknologi angkasa bagi menyerlah potensi peserta kem nanti insya Allah.

KEM ASY-SYAATHIR - KEUNIKANNYA

KEM ASY-SYAATHIR

MOTIVASI AL-QURAN JATIDIRI ANGKASAWAN

# MEMBOLEHKAN PESERTA MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWID

#MENDIRIKAN SOLAT DENGAN BETUL

#MERANGSANG MINAT TEKNOLOGI ANGKASA

#DISIPILIN YANG TINGGI

KUMPULAN 01

BERTEMPAT DI

AEVIO CAMP

HASSOL HANGAR

Jalan Tembusu

Kampong Melayu Subang

Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

13hb hingga 17hb Disember 2009

(AHAD – KHAMIS)

UMUR PESERTA 12 TAHUN KE 15 TAHUN

(TERHAD 30 PESERTA BAGI SATU KUMPULAN)

ANJURAN:

DIKELOLA DAN DIKENDALIKAN BERSAMA:

MUSLEH VENTURES SDN BHD

MUSLEH VENTURES SDN BHD

(533127-H)

KRAFEDGE SDN BHD

HASSOL TECHNOLOGIES SDN BHD

HUBUNGI:

MUSLEH VENTURES SDN BHD

84, JALAN PELABUR A 23/A,

SEKSYEN 23,

40300 SHAH ALAM.

TEL: +6O3-5548 3140 FAX: +603-5542 7864

E-MAIL: mvsb@musleh.com.my

H/P: 0123893752 / 0175549297

UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI:

www.musleh.com.my

www.asy-syaathir.blogspot.com

www.aevio.blogspot.com

www.fadzilha.blogspot.com

YURAN: Pend: RM100.00

Peny: RM400.00

Monday, November 9, 2009

MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR





Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam dengan akronimMAPPIS telah dirunding bersama antara NGO-NGO yang menganjurkan Pendidikan Islam di Negeri Selangor. YB Dr Halimah selaku EXCO Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor telah memudahcarakan pertemuan NGO-NGO itu di Bangunan SUK Negeri Selangor pada 1hb Oktober 2009 yang lalu. Rundingan pusingan pertama itu lebih kepada salam pengenalan dan berkongsi titik persamaan dalam menggalas agenda pendidikan. Kata muafakat oleh kesemua NGO-NGO yang hadir pada 14hb Oktober 2009 untuk bersepakat denganvisi: "Mempertabatkan Pendidikan Islam Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah bagi Memperkasa Pendidikan Selangor".

Enam matlamat pemuafakatan dipersetujui:

  1. MAPPIS ditubuhkan untuk meningkatkan kualiti dan menyelaraskan institusi pendidikan secara sistematik di peringkat rendah danmenengah dalam Negeri Selangor.
  2. Mendapatkan sokongan dan dokongan dari Kerajaan Negeri, GLC Selangor, Badan-Badan Korporatdan Masyarakat.
  3. Mengwujudkan sistem pendidikan holistik bagi menyokong pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
  4. Menggembeling pakar-pakar untuk memacu pembangunan pendidikan Negeri Selangor.
  5. Mengujudkan Jaringan Alumni.
  6. Berusaha menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS).
Pada 29hb Oktober 2009 Ustaz Mohd Nasir selaku Timbalam Pengerusi MAPPIS telah membentangkan persetujuan pemuafakatan ini kepada YAB Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid. Dalam MAjlis yang sama secara simbolik satu mock up telah diserahkan kepada MAPPIS. Peruntukan itu telah diagihkan kepada SRA dan Tahfiz di Negeri Selangor.

Dalam masa terdekat MAPPIS sedang berusaha menganjurkan satu Konvension Pendidikan dengan Tema Mempertabatkan Pendidikan Islam Berlandaskan Quran dan Sunnah. Konvension untuk membolehkan Pengendali dan Pendokong Pendidikan Islam yang kepelbagaian berinteraksi dan berkongsi pengelaman.

Saturday, October 31, 2009

PERKONGSIAN PELBAGAI ALIRAN PENDIDIKAN 2007

PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Pendidikan yang akan membentuk sifat warga dalam pembangunan mana-mana negara. Falasafah Pendidikan menentukan halatuju serta penghasilan dari dasar yang digubal atas huraian falasafah tersebut. Sistem Pendidikan Negara telah melalui beberapa fasa dari pra penjajahan sehingga post penjajahan. Sistem kini dibina atas perakuan Penyata Razak yang disusul dengan Laporan Rahman Talib. Laporan Mahathir yang lebih dikenali dengan Laporan Kabinet Pendidikan juga menyerlahkan agenda pendidikan Negara. Laporan Anwar yang juga dikenali sebagai Laporan Kabinet mengenai Latihan turut merangsang beberapa pendekatan pengendalian latihan Negara.

Kementerian Pendidikan pada awal 90-an telah mengungkap secara tersurat Falasafah Pendidikan Negara. Pendidikan untuk melahirkan Insan Kamil natijah dari proses pendidikan yang berpaksikan tuhan. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan untuk melengkapkan hasrat dan cita-cita melahirkan insan kamil yang seimbang. Kepelbagaian aliran pendidikan adalah hakikat suasana negara yang diiktiraf dengan kepelbagaian jenis sekolah yang ada dinegara ini. Saya kira ia memperkaya budaya ilmu negara kalau diambil secara yang positif.

Untuk menjadikan Pendidikan Negara satu aliran adalah sesuatu yang perlu kepada penghujahan yang mendalam. Umat dalam negara ini mengekalkan kehidupan beragama kerana kewujudan sistem pendidikan pondok. Peranan Sistem Pendidikan Pondok dan sistem pendidikan melayu telah dipinggirkan secara sistematik melalui pengiktirafan dan penempatan dalam tangga kerjaya dan peranan dalam arus socio ekonomi negara. Sistem pendidikan pondok yang sewajarnya menjadi aliran pendidikan terunggul negara dengan transformasi kaedah pengajaran dan sistem pengurusannya. Sistem yang bertunjangkan aqeedah bagi membina warga yang bertaqwa adalah sistem sejagat yang perlu dinobatkan sebagai sistem arus perdana negara.

Saya kira sistem yang bertunjangkan aqeedah meraikan kepelbagaian aliran pendidikan selagi mana ia akur dan mengiktiraf kesatuan manusia sebagai makhluk yang dicipta. Sejarah manusia dipaksikan kepada sejarah Nabi Adam as menjadi kurikulum induk yang diasuh dan dididik pada semua warga. Lahir kesatuan sebenar yang menerima perbezaan tetapi mengetahui misi kehidupan sebenar. Kini yang diraikan pemikiran darwinian dan lain-lain mazhab liberalis maka wujud dichotomy pada anak-anak.

Dichotomy budaya dan kepercayaan merencat perkembangan minda dan pemikiran. Justeru itu lahirlah para akadamis yang mampu plagiat dan tidak menghasilkan gedung ilmu unggul yang terbilang. Lahir graduan yang mengejar habuan kebendaan dan hilang tanggungjawap sosial dalam fabrik pembangunan negara. Iltihzam pembaharuan sejati hanya dapat dirangsangkan dari paduan ilmu yang menghendaki manusia mengiktiraf ia dilahirkan untuk mendamba diri pada yang Esa.

Rumusannya pada hemat saya bukan masanya berbicara tentang satu aliran pendidikan negara. Pertama dan utama ialah bagaimana mempertabatkan pendidikan yang telah berjaya menyuburkan roh merdeka yang dizahirkan dalam usaha memerdekakan negara ini. Sistem pendidikan Islam dimertabatkan bagi memperkasa Sistem Pendidikan Negara. Kita bimbang apabila warga yang dilahirkan lebih mirip untuk menggadai maruah negara atas kelangsungan kepentingan sempit semasa. Wallahualam.

Sunday, October 25, 2009

ASY-SYAATHIR


Asy-Syaathir bermakna yang cerdik. Nama ini digunakan untuk satu Kaedah Pengajaran bagi membolehkan seorang murid atau pelajar dapat membaca Al-Quran dalam tempoh 48 jam pertemuan. Susunan huruf arab disusun mengikut sistem abjadiah. 28 huruf tersebut disimpulkan kepada 8 suku kata. Pelajar perlu mengingati 8 suku kata tersebut. Pengenalan huruf dilakukan secara induksi selepas pelajar dapat mengingati kelapan-lapan suku kata tersebut.

MUSLEH VENTURES SDN BHD (533127-H) (MVSB) adalah PENERBIT dan Pemaju kepada Kaedah Cepat Belajar Baca Al-quran. Kaedah ini dipelopori oleh Ustaz Arwani Sali. Ustaz Arwani kini adalah Ekskutif Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan MVSB. Ustaz Arwani sebelum ini adalah seorang pendidik yang gigih. Antara subject yang diajar ialah Al-Quran. Beliau terlibat langsung dalam mempopularkan Kaedah IQRA dan AL-BARQI. Kaedah ASY-SYAATHIR adalah pemurnian kepada Kaedah yang telah dikenali umum sebelum ini.

Saya adalah Pengarah Urusan MVSB dan pastinya sedang berusaha untuk memajukan Kaedah ini dikalangan masyarakat yang mahu Al-Quran diungguli dan dihayati. Untuk keterangan lanjut Kaedah ini boleh layari asy-syaathir.blogspot.com . Maklumat komersial Asy-Syaathir dan MVSB boleh disusuli di www.musleh.com.my.

Pejabat MVSB : No.84 Jalan Pelabur A 23/A
Seksyen 23,
40300 SHAH ALAM.
Tel: +603-55483140
Fax: +603-55427864
E-mail: mvsb@musleh.com.my

Sunday, October 18, 2009

PERUBAHAN KOSMESTIK ATAU HIJRAH SEBENAR

Paksi kebenaran bertunjangkan aqeedah. Kita diciptakan untuk menjadi abid yang mendamba diri bagi pada Khaliq yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Para anbia dan para rasul membawa pesanan ini pada kaum dan umat dari zaman ke zaman untuk membawa pemberitahuan bahawa manusia adalah makhluk yang perlu tunduk pada Allah Azzawajalla. Peringatan risalah ini menyebabkan bani Israel berpihak. Satu kepada kebenaran sat pada kebatilan.

Apabila kita mengajak pada perubahan maka kita perlu faham apa yang hendak diubah. Adakah kepimipinan atau sekelompok orang? Tidak bererti perubahan apabila yang digalas masih pada premis yang sama. Ambil contoh; Bila disebut Model Ekonomi Baru bagi negara. Apakah model ini melangsungkan penguasaan sistem riba atau model yang diolah atas taqwa. Sistem yang mengiktiraf kehendak Allah Rabbuljalil.

.....bersambung....

Friday, July 24, 2009

MASA DEPAN


Masa,
Firman Allah dengan masa,
Merugi mereka yang tidak berpesan dengan hak,
Merugi mereka yang tidak beramal dengan amal soleh,
Merugi mereka yang tidak beriman.

Beruntung,
Beruntunglah orang yang beriman,
Beruntunglah yang berpesan dengan hak,
Beruntunglah yang beramal dengan amal soleh.
Peroleh keuntungan dengan bersabar.

Teropong ufuk masa,
Masa silam,
Masa kini,
Masa depan,
Melakar peradaban,
Melukis satu potret,
Memahat satu citra,
Memekar satu sejarah.

Keunggulan Islam,
Kemenangan ummat,
Kesejahteraan insan,
Kesaksamaan,
Kepedulian,
Kebajikan,
Manusia memenuhi hak,
Memberi lebih dari meminta,
Hanya sanya atas CINTA,
CINTA untuk mendamba diri,
Pada yang HAKIKI.

Sunday, May 17, 2009

ROH PEMBAHARUAN (RUHUL JADID)


Apa yang perlu pembaharuan? Dimana pembaharuan itu dilakukan atau terjadi? Bila kita mahu bawa atau perjuangkan pembaharuan? Siapa yang akan mengendung tanggungjawab membawa pembaharuan? Bagaimana pembaharuan itu dibuat? Mari sama-sama kita fikirkan.

Saturday, May 9, 2009

BELAJAR ATAU MENGUASAI BAHASA

Apakah pentakrifan bahasa? Adakah bahasa mewarnai cara berfikir seseorang manusia? Adakah bahasa membentuk akhlaq serta penampilan seorang individu? Apakah pengaruh bahasa dalam kebangunan budaya dan jatidiri bangsa?
Apakah itu bahasa ibunda? Apakah itu bahasa kedua? Apakah itu bahasa asing? Apakah ada perbezaan antara belajar bahasa dengan menguasai bahasa?

Dimulakan penulisan ini dengan menampilkan beberapa persoalan yang akan menjurus kepada bagaimana ketamadunan besar terbina dan membawa rahmah atas seluruh alam jagat ini. Allah mencipta manusia dan menjadikan mereka berbangsa-bangsa untuk memudahkan interaksi dan perkenalan. Bagaimana ini dapat berlaku?

Banyak bahasa lenyap dari dunia kerana kekerdilan jiwa individu langsung kepada pengikatan mereka sebagai satu bangsa. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum hingga mereka menukar apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Bahasa adalah satu sistem untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Antara individu dengan individu atau antara kelompok dengan kelompok yang lain. Sistem bagaimana ia menterjemahkan maksud dan matlamat yang hendak dicapai dalam binaan yang tersusun. Dari adanya sistem maka ia menjadi alat komunikasi yang dapat membolehkan perkongsian pengetahuan.

Penampilan alat komunikasi ini menggambarkan kehalusan budaya sesuatu kelompok yang berkongsi sistem yang sama. Justeru itu bahasa menjadi jiwa bangsa. Ia menampilkan cara berfikir dan cara mengolah kehidupan. Maka bahasa itu juga akan menunjuk kemampuan sesuatu bangsa membantu membawa tamadun kepada kemanusiaan di alam jagat. Jatidiri dari penguasaan bahasa akan terserlah. Individu yang menguasai banyak bahasa akan lebih mampu menerajui perubahan dan penyempurnaan tanggunjawap pembangunan kemanusiaan.

Maka pilihan pada individu untuk meletakkan diri pada makam yang dipilih sendiri. Belajar bahasa adalah sekadar mengenal bangsa. Belajar dan menguasai bahasa membantu membina keterampilan dalam memahami budaya dan tamadun bangsa. Lantaran itu akan dapat menukilkan perubahan dan transformasi kehidupan bangsa-bangsa.

Persoalan yang timbul; apakah beza belajar bahasa dan menguasai bahasa. Apakah mungkin bahasa dapat dikuasai dengan menyadur ilmu alat seperti sain dan matematik. Apakan kekuatan budaya dan nilai bangsa terangkum dalam metodologi penyaduran tersebut? Ini adalah satu yang perlu diamati untuk kebangunan sesuatu bangsa itu. Wallahualam.